Kelas STEM/IOT – Animated Drawings

21 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2024, Isnin, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas STEM/IOT – Animated Drawings yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 03:00 petang yang bertempat di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk memupuk minat peserta dalam bidang teknologi dan digital. Para peserta diminta untuk melukis atau lakaran satu objek. Setelah siap, peserta diminta untuk mengimbas lukisan tersebut menggunakan peranti NADI iaitu Tablet dimana menggunakan laman sesawang sketch.metadmeolab.com. Peserta telah mewujudkan gambar atau lukiasan mereka tadi bergerak dan boleh dimainkan di dalam tablet atau aplikasi tersebut.

Diharapkan dengan program seperti ini dapat memupuk peserta cilik untuk mendalami dunia digital pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali